ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 242 atlet serta 120 pegawai dan jurulatih kontinjen Johor menerima insentif berjumlah RM1.35 juta atas pencapaian muncul juara keseluruhan temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022, bulan lepas.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata insentif itu sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen negeri yang berjaya meraih 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.
Beliau berkata susulan kejayaan itu, kerajaan negeri turut memberikan insentif tambahan sebanyak RM2,000 kepada pemenang pingat emas kategori individu, menjadikan jumlah insentif diterima mereka berjumlah RM5,000.
"Insentif bagi pingat perak individu pula sebanyak RM2,000 dan gangsa RM1,500.
"Selain pencapaian ini, lebih manis apabila dua atlet kita turut melakar sejarah dinobat Olahragawan dan Olahragawati terbaik Sukma...apa dilakar akan terus terpahat dan mengharumkan nama negeri Johor," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Kontinjen Negeri Johor Sukma ke-20 di sini semalam.
Beliau berkata atlet lelaki dan wanita terbaik Sukma iaitu Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize dari sukan kanu dan atlet renang Tan Rouxin, turut menerima insentif masing-masing sebanyak RM5,000 atas pencapaian cemerlang mereka itu.
Onn Hafiz berkata Muhammad Fakrullah yang meraih sembilan pingat emas dengan dua rekod kebangsaan, menerima insentif tertinggi berjumlah keseluruhan RM44,500 manakala Tan yang meraih enam emas, satu perak dan satu gangsa membawa pulang RM33,000.
Beliau turut berharap agar kontinjen Johor terus melakar kejayaan pada Sukma akan datang selepas mencipta sejarah muncul juara buat pertama kali dalam tempoh 36 tahun penganjuran temasya dwitahunan tempatan itu.
Sementara itu, Muhammad Fakrullah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas pemberian insentif tersebut yang dapat menyuntik semangat untuk terus mengharumkan nama Johor dalam arena sukan tanah air.
"Saya tidak pernah letak sasaran meraih gelaran (olahragawan) ini, dan hanya bersungguh-sungguh pada setiap pertandingan. (Insentif) Ini akan menjadi pembakar semangat dan bantu saya pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Pada temasya Sukan Malaysia 2022 September lalu, kontinjen negeri Johor berjaya meraih 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa. - Foto fail/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
Skuad hoki 5s terima insentif RM80,000
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui wartawan Astro Arena hari ini.
Peruntukan RM300,000 untuk 1,000 atlet Pahang
Bayaran RM300 secara sekali beri itu diberikan kepada atlet yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam mahupun luar negeri.
Kerajaan Terengganu umum insentif RM15,000 kepada Qabil Irfan
Insentif itu juga sebagai galakan kepada pelumba cilik lain untuk mengikuti jejak langkah dan kecemerlangan Qabil Irfan.
Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.
Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Kerajaan usaha tingkatkan imbuhan atlet negara tiga kali ganda - TPM Zahid
Kerajaan akan pertimbang untuk meningkatkan insentif sebanyak tiga kali ganda terhadap atlet-atlet negara yang telah mempamerkan aksi cemerlang.
PRN Selangor: PN akan beri lebih banyak insentif jika bentuk kerajaan negeri
Mohamed Azmin mendakwa insentif yang akan diberikan lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Perpaduan.