Atlet Wales berusia 11 tahun bakal cipta sejarah sukan Komanwel 2018

Agensi
April 3, 2018 23:34 MYT
Hursey 11 tahun bakal bersaing dalam acara ping-pong. - Foto Instagram/@annahurseyxoxo
Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun Anna Hursey bakal mencipta sejarah baharu pada temasya Sukan Komanwel apabila muncul selaku atlet paling muda berentap memungut pingat dalam kejohanan yang bakal berlangsung bulan ini.
Beliau yang akan mewakili Wales bakal hadir bersama kontijen negaranya untuk turut sama memberi saingan dalam acara ping-pong.
Hursey yang kali pertama memegang bat ping-pong seawal usia lima tahun difahamkan akan menjadi atlet paling muda dalam kalangan semua atlet dunia di kejohanan itu.
Mail Online melaporkan Hursey merupakan atlet ping-pong Wales yang telah mendapat latihan di China sejak berusia lapan tahun dan mempunyai bakat luar biasa dalam sukan itu.
Jurulatih Wales, Stephen Jenkins pula menyifatkan penyertaan anak didik termudanya itu bakal menjadi cabaran dan saingan baharu kepada semua atlet ping-pong yang lain dan tidak teragak-agak untuk meletakkannya selaku prospek emas.
Beliau sebelum ini pernah memecahkan rekod selaku pemain termuda apabila menyertai kejohanan peringkat Eropah.
Dia juga sebelum ini menduduki ranking ke 18 dunia bawah 15 tahun.
#anak #China #Dunia #isu semasa #Kanak-kanak #komanwel #online #ping pong #sukan #termuda