ATM turunkan pemain terbaik

Astro Awani
Februari 13, 2013 00:03 MYT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menurunkan barisan terbaik menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan di Paroi, Sabtu ini.
Jelas pengendalinya, B. Sathianathan, keadaan pemain yang bebas daripada kecederaan memberinya ruang untuk menyenaraikan kesebelasan terkuat.
Sathianathan berkata tempoh rehat selama dua minggu daripada sebarang perlawanan liga digunakan sebaik mungkin.
Antaranya mengadakan beberapa aksi persahabatan bagi mengekalkan tahap kecergasan pemain.
ATM kini menghuni tangga kedua liga dengan mengutip 10 mata selepas lima perlawanan.
Meskipun lawan menduduki tangga kedua tercorot, Sathianathan enggan memandang rendah keupayan lawan.
Bagi bekas pengendali kebangsaan ini, sikap terlalu yakin mampu menjerat diri sendiri.
Justeru, Sathianathan mahu skuad Gladiators mengambil sikap waspada untuk pertemuan ini.
#Angkatan Tentera Malaysia #B. Sathianathan #Liga Super #Negeri Sembilan