KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 Datuk Azizulhasni Awang masih belum mengendurkan hasrat kayuhannya apabila menyatakan keinginan untuk bersaing di Olimpik Paris 2024 nanti.
Bercakap pada sidang media ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Jepun petang semalam, beliau menegaskan, buat masa ini ia merupakan sasaran seterusnya.
"Tentunya saya nak teruskan sampai Olimpik Paris 2024. Tetapi seperti biasa, selepas menyertai kejohanan besar kita akan duduk balik dengan jurulatih dan pasukan untuk buat perancangan balik.
"Bagi saya, ya, keinginan masih kuat dan tak ada isu masalah fizikal dan sebagainya," katanya.
Pada masa sama, Azizulhasni mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan pihak media yang sentiasa memberikan liputan terbaik sepanjang atlet negara beraksi di Tokyo.
“Saya tahu ada yang sehingga bersorak dan melompat di hadapan televisyen memberikan sokongan kepada semua atlet kita di sana. Saya harapkan perpaduan sebegini akan diteruskan.
“Dan tak lupa juga tentunya kepada pihak media yang bertungkus lumus membuat liputan kepada kami. Terima kasih semua dan saya sayang ada semua,” jelasnya.
Menurutnya, dia perlu menjalani kuarantin dan sejurus selepas itu, perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah pulang ke kampung di Dungun untuk berjumpa dengan ayahnya yang tidak sihat.
“Saya nak pergi melawat ayah saya yang kurang sihat dan juga mak saya di kampung. Itu perkara pertama yang saya nak buat selepas urusan kuarantin ini selesai," katanya.
Terdahulu, Azizulhasni selamat tiba ke tanah air bersama kumpulan terakhir kontinjen negara dan diberi sambutan sederhana dengan mematuhi penjarakan fizikal di KLIA.
Turut tiba bersama mereka ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, pasukan sokongan Institut Sukan Negara dan ahli sekretariat.
Kesemua 28 individu yang tiba semalam akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel.
Pada Olimpik Tokyo yang baru menutup tirainya, pingat yang diharapkan akhirnya menjelma menerusi Azizulhasni dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo.
Dalam saingan akhir, jaguh berbasikal trek negara itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak.
Tampil sebagai satu-satunya wakil Asia, beliau terpaksa akur di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny, yang meraih emas.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Aug 09 2021
Azizulhasni bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas pulang dari beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, 9 Ogos, 2021. Turut kelihatan, Reezal Merican (kanan). --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.