Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan badminton kini menjadi sukan nombor satu negara berdasarkan prestasinya di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata walaupun bola sepak kekal sebagai sukan popular, namun jika dibandingkan dari segi prestasi, badminton telah membuktikan perkembangan positif sama ada di peringkat senior atau remaja.
"Bola sepak memang popular di mana-mana sahaja. Ini hakikat yang harus kita terima. Tapi kalau dilihat dari segi prestasi dan pencapaian, badminton sudah menunjukkan perkembangan positif. Kita juga dapat lihat ramai pemain badminton yang boleh menggantikan (Datuk) Lee Chong Wei.
"Mungkin bukan dalam perseorangan lelaki, mungkin Goh Jin Wei boleh muncul juara dunia perseorangan wanita. Dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada Chong Wei sahaja," katanya kepada pemberita pada program Yonex The Legend's Vision di sini hari ini.
Dalam pada itu, Khairy berharap Chong Wei dapat meneruskan khidmat kepada pembangunan sukan badminton negara walaupun selepas beraksi di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos tahun depan.
Ditanya sama ada Chong Wei akan diminta mewakili negara pada Sukan SEA 2017, beliau berkata keputusan itu terpulang sendiri kepada pemain yang berada pada ranking keempat dunia itu.
"Dia bagitau saya dia tidak pernah menang acara perseorangan lelaki Sukan SEA. Dalam konteks kerjaya dia, mungkin pingatnya kecil, tetapi dia hendak main juga pada 2017, mungkin itu antara yang akhir dalam kerjaya dia.
"Secara tradisinya, kita hantar pasukan kedua, tapi atas nilai sentimental, Chong Wei hendak main, mungkin kita bagi dia mainlah," katanya.
Sementara itu beliau berkata prinsip disiplin yang tinggi seperti yang diamalkan oleh Chong Wei harus dicontohi oleh para pemain khususnya pemain remaja untuk mencapai tahap tertinggi dalam sukan badminton.
Selain daripada disiplin yang tinggi ketika sesi latihan, Chong Wei mempunyai semangat yang tinggi serta mengamalkan cara kehidupan atlet profesional yang turut menekankan dari segi pengurusan masa dan sains sukan, katanya.
Bernama
Tue Dec 15 2015
Khairy berkata walaupun bola sepak kekal sebagai sukan popular, namun jika dibandingkan dari segi prestasi, badminton telah membuktikan perkembangan positif. - Gambar Fail
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.