BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mengejutkan pasangan nombor lapan dunia dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi apabila mara ke suku akhir Terbuka Singapura sebentar tadi.
Malah kemenangan pasangan negara itu memberi tamparan hebat kepada gandingan China itu yang dalam persediaan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Izzuddin-Sze Fei yang tidak layak ke Paris dan menghuni ranking ke-14 dunia memperagakan aksi bertenaga apabila menang 21-13, 21-16 dalam tempoh 40 minit pada aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura.
"Kami bermain dengan baik bermula dari set pertama dan kemudian berjaya mengawal rentak permainan dalam perlawanan hari ini (Khamis).
"Saya fikir kunci kemenangan kami adalah komunikasi. Kami sentiasa berbincang untuk setiap mata yang diraih," ujar Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.
Kemenangan ini adalah kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua minggu buat Izzuddin-Sze Fei yang berjaya mara ke suku akhir selepas turut berbuat demikian pada Malaysia Masters minggu lalu.
Mereka bagaimanapun gagal meloloskan diri ke separuh akhir kejohanan di Kuala Lumpur itu setelah kalah kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Menanti Nu Izzuddin-Sze Fei dalam aksi suku akhir ialah pemenang perlawanan antara pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dengan He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 30 2024
Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei mara ke suku akhir Terbuka Singapura selepas menumpaskan pasangan China dalam saingan pusingan kedua pada Khamis. - Foto Agensi
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Badminton Terbuka Singapura: Leong Jun Hao singkir Anthony Ginting
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mencipta sensasi dengan menyingkirkan pilihan ketujuh Terbuka Singapura, Anthony Ginting.
Jun Hao, dua beregu mara pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura 2024
Pemain badminton perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan dua beregu negara tidak berdepan masalah ke pusingan kedua Terbuka Singapura 2024.