KUALA LUMPUR: Terbuka Malaysia 2022 bermula dengan kekecewaan terbesar kejohanan badminton itu apabila pemain wanita nombor satu dunia Akane Yamaguchi disingkirkan oleh pemain Indonesia Gregoria Mariska Tunjung pada pusingan pertama.
Pemain dari Jepun berusia 25 tahun itu dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada Gregoria 14-12, 14-21 pada perlawanan pembukaan yang berlangsung selama 27 minit di Axiata Arena di sini hari ini.
Ia merupakan kekalahan kedua Yamaguchi kepada bekas Juara Remaja Dunia berusia 22 tahun itu dalam 10 pertemuan, dengan yang pertama adalah perlawanan pertama mereka pada acara berpasukan Sukan Asia 2018 di Jakarta.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, penyandang juara dunia Yamaguchi berasa tidak percaya beliau tewas dalam aksi itu.
"Beliau (Gregoria) sangat fokus dalam perlawanan ini dan saya tidak beraksi dengan baik. Saya masih tidak percaya kenapa saya kalah," katanya.
Sejak memenangi All England pada Mac, pemain Jepun itu masih belum memenangi sebarang gelaran dengan yang terbaik adalah kedudukan kedua pada Kejohanan Asia.
Sementara itu, Gregoria bersetuju bahawa Yamaguchi tidak berada dalam prestasi terbaiknya hari ini.
"Mungkin saya ada sedikit kelebihan kerana beliau belum dapat memberikan tekanan pada set pertama, mungkin tidak bersedia, manakala pada set kedua saya mulakan dengan lebih baik.
"Saya tidak letak sasaran khusus di sini, ambil pendekatan langkah demi langkah dan mahu lebih bagus berbanding kejohanan sebelum ini," katanya.
Pada pusingan kedua, Gregoria dijadual berhadapan pemenang antara dua pemain China, Wang Zhi Yi dan He Bing Jiao.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Pemain dari Jepun berusia 25 tahun itu dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada Gregoria 14-12, 14-21 pada perlawanan pembukaan. - AP
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.