Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menerima tajaan bernilai RM8 juta setahun daripada dua penaja baharu yang akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Difahamkan, tajaan itu membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka Asia dan satu lagi syarikat di Malaysia, yang masing-masing akan menyalurkan RM4 juta setahun.
"Tajaan ini adalah RM1 juta lebih banyak daripada yang disalurkan penaja sebelum ini, Maybank yang memberikan RM7 juta setahun," kata sumber BAM kepada Bernama pada Jumaat.
Mengenai tempoh kontrak tajaan, sumber berkenaan berkata secara logiknya, ia pasti bukan untuk tempoh setahun memandangkan sebelum ini, penaja-penaja utama BAM menjalin ikatan yang lama bersama badan induk badminton negara itu.
Proton menjadi penaja utama paling lama bersama BAM iaitu sejak 1995 sehingga Maybank mengambil alih pada 2011.
Kontrak tajaan Maybank, yang sepatutnya berakhir pada 2017, ditamatkan baru-baru ini selepas bank itu memberikan notis tiga bulan kepada BAM pada akhir tahun lepas.
Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid, orang yang memainkan peranan penting mendapatkan tajaan baharu itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Kita akan umumkan secepat mungkin iaitu minggu depan, saya tidak boleh mengulas perkara itu sekarang kerana belum menandatangani perjanjian penajaan itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco BAM di sini, pada Jumaat.
Bernama
Sat Mar 19 2016
Tajaan itu membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka Asia dan satu lagi syarikat di Malaysia, yang masing-masing akan menyalurkan RM4 juta setahun. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Siasatan SPRM terhadap BAM mungkin berkaitan pemilihan - Subramaniam
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam tidak menolak kemungkinan bahawa pemilihan menjelang AGM tahun depan, menjadi punca mengapa persatuan disiasat SPRM.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.
BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu, di sini, minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.