Ketua jurulatih karate kebangsaan, Andre Vasiljevs, menyasarkan barisan anak buahnya mencapai kejayaan dalam Kejohanan Karate Dunia yang akan berlangsung di Linz, Austria, Oktober ini.
Menyedari tahun 2017 adalah penting buat Malaysia kerana bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, Vasiljevs telahpun memulakan persiapan rapi sejak Januari lagi.
Sehubungan itu, Kejohanan Karate Dunia di Linz bakal menjadi penanda aras untuk mengukur prestasi anak buahnya.
"Separuh musim ini dalam Liga Perdana, kami telah bersaing di beberapa kejohanan antaranya di Dubai, Australia dan Terbuka Belanda.
"Sasaran utama kami tahun ini adalah Kejohanan Dunia pada Oktober nanti," terangnya.
Berdasarkan prestasi di Terbuka Vietnam pada Mei lalu dengan mengutip lima emas, tiga perak dan tujuh gangsa, Vasiljevs optimis barisan negara mampu menyinar di Linz kelak.
Masih mengekalkan atlet-atlet senior dalam skuad, seperti Shree Sharmini dan Syakilla Salni Jefri, Andre juga sedia memberi peluang buat muka baru untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan.
"Kami selalu mengunakan kejohanan besar di peringkat kebangsaan untuk meninjau perkembangan sukan dan atlet.
"Beberapa atlet telah dikenal pasti," tambahnya.
Astro Arena
Sat Jun 25 2016
VASILJEVS: Sasaran utama kami tahun ini adalah Kejohanan Dunia pada Oktober nanti. - Foto Astro Arena
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Barisan karate negara sasar Kejohanan Dunia
Demi membawa cabaran ke Sukan SEA 2017, jurulatih Andre Vasiljevs telah memulakan persiapan rapi sejak Januari lagi.