Bergson kedudukan ke-12 penjaring gol terbanyak dunia 2023

Sinar Harian
Januari 4, 2024 21:15 MYT
Bergson meraikan gol pertama pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pasukan JDT menentang pasukan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8 Dis 2023. - Gambar fail BERNAMA
PENYERANG Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva berada di kedudukan ke-12 sebagai penjaring gol terbanyak dunia pada 2023 menerusi data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS).
Pemain kelahiran Brazil itu meledak 21 gol dalam saingan Liga Super, 14 dalam saingan piala peringkat domestik dan empat gol dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Bergson, 32, menyertai JDT sejak 2022 dan setakat ini merupakan antara penyerang berbisa dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Dalam pada itu, mengungguli senarai IFFHS itu adalah pemain Al Nassr, Cristiano Ronaldo yang meledak 54 gol dalam semua kejohanan disusuli bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dengan 52 gol.
Jumlah jaringan 52 gol itu turut dikongsi bersama penyerang Bayern Munich, Harry Kane manakala peledak Manchester City, Erling Haaland di kedudukan keempat dengan 50 gol. - Sinar Harian
#bola sepak #JDT #Bergson Da Silva #penjaring gol terbanyak dunia