KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya netizen diminta berhenti daripada memberi sebarang ulasan atau komen berhubung isu melingkari jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini.
Delegasi teknikal sukan powerlifting yang bertugas di temasya berprestij di Jepun itu, Kamaruzaman Kadir khuatir situasi itu jika dibiarkan berlarutan, mampu menjejaskan emosi atlet berusia 31 tahun itu.
"Tidak dinafikan memang seronok buat ulasan sana sini mengenai isu hangat ini namun ia mampu memberi impak negatif kepada Muhammad Ziyad.
"Berhentilah daripada mengganggu beliau. Kasihanilah beliau dan tunggulah sehingga siasatan isu berkenaan selesai," katanya kepada Bernama.
Pada 31 Ogos lepas, Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia.
Muhammad Ziyad diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start (DNS)' atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34 m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29 m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
BACA: Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM
BACA: Isu emas Ziyad: Tindakan yang bakal diambil tidak akan rugikan atlet dan negara - Faizal
BACA: Ziyad tidak tagih simpati isu ganjaran
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 3 Sept bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan Muhammad Ziyad di temasya berprestij itu.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, jawatankuasa itu akan berada di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan penglibatan anggota bebas.
Kamaruzaman yang juga Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) berkata pengalaman beliau terlibat dalam temasya untuk golongan atlet seperti Muhammad Ziyad membantunya mengenali dengan lebih dekat kerenah dimiliki mereka.
"Mereka ini sensitif, jadi hormatilah dan jaga perasaan mereka dan juga keluarga," tambahnya.
Sementara itu, Kamaruzaman yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai pembantu serta delegasi teknikal sukan powerlifting sejak edisi Athens 2004 itu juga menggesa orang ramai agar tidak membangkitkan mengenai isu insentif RM1 juta kerana berpendapat bahawa ia sangat sensitif untuk dibicarakan.
Insiden di Stadium Olimpik Tokyo itu menyaksikan Muhammad Ziyad terlepas ganjaran berjumlah RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.
Kamaruzaman turut berpendapat kontinjen Malaysia perlu mengambil iktibar terhadap kekhilafan yang berlaku dan berharap agar ia tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Beliau mengakui kesilapan sedemikian tidak dapat dielakkan dalam mana-mana temasya atau kejohanan besar dengan memberi contoh bahawa seorang atlet luar pernah mengalami situasi serupa dialami Muhammad Ziyad di Rio 2016, sehinggakan penyertaannya terpaksa dibatalkan gara-gara lewat ke bilik menunggu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
Pada 31 Ogos lepas, Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94m yang juga rekod baharu dunia. - Gambar fail
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.
Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.
Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.
Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo
Ziyad gusar nama dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, tiada sebarang pihak menghubunginya biarpun sedar beberapa kempen pungutan derma telah digerakkan sejak tiga minggu lalu.
MPM alu-alukan sumbangan dana awam untuk Ziyad
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengalu-alukan sumbangan dana awam buat jaguh lontar peluru para kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli.