Ketua jurulatih T-Team, Peter Butler menafikan telah berkerjasama dengan SC Beira Mar untuk memilih pemain tempatan beraksi ke kelab Portugal itu, musim depan.
Menurut Butler, gambaran yang diberikan Beira Mar hanya bersandarkan alasan adanya teman-temannya dari negara itu yang meminta beliau mencari pemain muda berpotensi untuk diketengahkan.
Jelas Butler, kelab terbabit turut melahirkan rasa kecewa kepadanya dengan kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor.
Namun, tegas Butler itu hanya perbualan biasa dan tidak ada sebarang perjanjian untuk mendapatkan pemain lain untuk bersama kelab tersebut.
Tambah bekas pengendali Kelantan dan Terengganu itu, tanggungjawabnya kini ialah kepada pasukan T-Team.
Butler turut mengakui jika benar dia akan memilih pemain untuk dihantar ke luar negara, ia bukan untuk kontrak tetapi sekadar untuk membantu memberi peluang kepada mereka menimba pengalaman.
Ini kerana, ujarnya beliau tidak mahu insiden seumpama Nazmi berulang dan akan memalukan pemain dan negara ini.
Pada Sabtu, Astro Awani mendedahkan kelab terbabit sedang berkerjasama dengan Butler untuk membawa beberapa pemain ke Portugal.
Astro Awani
Mon Feb 11 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Penalti De Paula gagal cetus kebangkitan buat Malaysia
Kekalahan menyaksikan mereka gagal merekodkan sebarang kemenangan ke atas pasukan yang berada di ranking ke-92 dunia itu.
Nazmi Faiz didenda RM3,000, gantung satu perlawanan - FAM
Hukuman itu dijatuhkan selepas penilaian dan meneliti rakaman video perlawanan antara JDT dan Pahang yang berlangsung Ahad lalu.
Saya sedia bantu Selangor - Nazmi Faiz
Pemain kreatif Selangor, Nazmi Faiz Mansor bertekad memberikan persembahan terbaiknya untuk membantu pasukan itu apabila bersedia untuk diturunkan buat pertama kali dalam saingan Piala Malaysia 2015.
Nazmi ikrar bantu Selangor julang piala
Pemain tengah skuad Red Giants, Nazmi Faiz Mansor berazam tampil dengan prestasi yang lebih baik sebaik saingan Liga Super bersambung semula pada Ogos.
Sukan SEA: Kad merah Nazmi, penyokong minta pemain kawal emosi
Tiada foul, sebaliknya pemain tengah skuad B23 itu diarahkan keluar padang berikutan tindakannya meludah seorang pemain lawan selepas berlaku perlanggaran dalam perebutan bola.
Nazmi Faiz kekal bersama PKNS FC
Pengendali skuad PKNS, Wan Jamak Wan Hassan mengesahkan pemain Nazmi Faiz Mansor kekal komited bersama pasukan tersebut musim ini.
FAM akan siasat Marco
FAM akan melakukan siasatan terhadap ejen bola sepak, Marco Guimaraes susulan kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Fakri Saarani.
Sistem merit pantau tahap pemain tempatan
Tahap pengadilan Liga M, ranking dunia skuad kebangsaan dan susulan kepulangan pemain remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor antara tumpuan utama media arus perdana minggu ini.
Nazmi pulang ke tanahair atas sebab peribadi
Susulan isu kepulangan bintang muda sensasi negara, Nazmi Faiz Mansor dari Portugal ke tanahair.
Kepulangan Nazmi amat mengejutkan
Kepulangan mengejut pemain bola sepak remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor dari Portugal jelas mengejutkan pemerhati sukan tempatan.