PETALING JAYA: Dua tonggak utama Kuala Lumpur (KL) City FC yang membantu skuad Ibu Kota itu menjuarai Piala Malaysia 2021 terpaksa melupakan kempen Piala AFF bersama skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini, kata ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Beliau berkata Muhammad Akram Mahinan dan D. Kenny Pallraj mengalami kecederaan serius pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi yang memerlukan masa yang panjang untuk pulih.
"Akram mengalami kecederaan koyak otot pangkal paha dan Kenny pula koyak ligamen lutut, menurut doktor ia mengambil masa panjang untuk pulih. Jadi kita terpaksa melupakan khidmat kedua-dua pemain tengah ini.
"Buat masa ini, kita tak panggil pemain lain untuk menggantikan mereka, tetapi tumpu dengan pemain yang sedia ada.
"Kita mengharapkan pemain lain bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk harungi kempen kali ini," katanya ditemui pemberita ketika sesi latihan pasukan kebangsaan di Kompleks Sukan PKNS di sini, semalam.
Cheng Hoe yang sebelum ini hilang khidmat penyerang Darren Lok akibat kecederaan otot perut, kini menaruh harapan kepada pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Muhammad Syafiq Ahmad, Junior Eldstal dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi untuk mengalas tanggungjawab di bahagian tengah.
Sementara itu, Cheng Hoe berkata pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh yang mempunyai isu peribadi dan Baddrol yang kehilangan abangnya Rozaimi semalam, diberi pelepasan satu atau dua hari dan berharap mereka dapat kembali bersama skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.
Beliau berkata sasaran untuk mara ke final Piala AFF merupakan cabaran besar, namun berharap anak buahnya mampu melakukan yang terbaik berbanding edisi sebelum ini.
"Kita nak lihat pasukan melakukan lebih baik berbanding edisi sebelum (muncul naib juara). Kita berharap apabila tiba di Singapura nanti, semua bersiap sedia dengan tahap keyakinan yang tinggi untuk hadapi cabaran Piala AFF," katanya.
Dalam pada itu, pemain sayap Safawi Rasid yang melaporkan diri ke kem latihan pusat berharap untuk mendapatkan kembali sentuhan berbisa pada kejohanan Piala AFF, selepas prestasinya tidak begitu membanggakan tahun ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, mengakui sebagai pemain, sudah menjadi lumrah mengharungi 'naik dan turun' dalam karier, tetapi bertekad untuk menjadikan kempen Piala AFF kali ini sebagai kebangkitan.
Safawi yang memainkan watak utama dalam membantu Malaysia mara ke final edisi 2018, turut optimis skuad kali ini yang dibarisi pemain berpengalaman dan naturalisasi, mampu mencapai keputusan yang lebih baik.
Malaysia yang merupakan juara edisi 2010, akan memulakan kempen Kumpulan B menentang Kemboja pada 6 Dis ini, diikuti Laos (9 Dis), Vietnam (12 Dis) dan Indonesia (19 Dis) dalam misi mencapai sasaran mara ke akhir buat kali kedua berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Cheng Hoe berkata sasaran untuk mara ke final Piala AFF merupakan cabaran besar, namun berharap anak buahnya mampu melakukan yang terbaik berbanding edisi sebelum ini. - Facebook FAM
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.
Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.
Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.
Liga Super: Ayron del Valle aset berharga Selangor, bukan 'scammer', kata Cheng Hoe
Kelahiran Colombia itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila menjaringkan gol berganda di Ipoh pada Sabtu.