Chile menambahkan tekanan ke atas juara bertahan Sepanyol dengan memperolehi kemenangan selesa 3-1 ke atas Australia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kumpulan B di Cuiaba pagi tadi.

Gol awal hasil rembatan jarak dekat bintang Barcelona, Alexis Sanchez pada minit ke-12 dan Jorge Valdivia dua minit kemudian meletakkan Chile di hadapan sebelum tandukan Tim Cahill memberikan Socceroos merapatkan jurang namun gol di masa terakhir oleh Jean Beausejour membuatkan Australia kecewa.

Perlawanan tersebut turut mencetuskan kontroversi dan Australia tentunya kecewa apabila satu lagi tandukan Cahill dibatalkan kerana offsaid.

Chile yang menguasai perlawanan pada separuh masa pertama agak tertekan apabila masuk separuh masa kedua dengan Australia berusaha keras untuk memburu kemenangan.

Keputusan tersebut memberi Chile tiga mata penuh dan akan bertemu Sepanyol pada perlawanan seterusnya. Sepanyol yang dimalukan Belanda dalam perlawanan lebih awal.