Pembentukan Chong Wei sebagai jagoan dunia adalah hasil daripada sentuhan jurulatih yang tahu apa diperlukan untuk jadi juara seperti Datuk Misbun Sidek dan Rashid Sidek.
Mungkin kehadiran Frost ibarat pengganti kepada mentornya Misbun, sementara Hendrawan bekas juara dunia ketika bergelar pemain, menawarkan kelebihan untuk akhirnya menamatkan penantian menawan badminton dunia.
"Morten juga akan ikut serta. Kali ini saya sedikit yakin berbanding tahun-tahun lalu, dengan perbezaan dari segi persiapan, perancangan dan berbincangan mengenai permainan saya. Hendrawan juga mengikuti saya beberapa bulan lalu. saya banyak memperbaiki diri kerana turut mendapat sokongan moral dalam gelanggang dan program berlatih yang baik," kata Chong Wei.
Chong wei turut berasakan buat kali pertama di Kejohanan Dunia akan ada keterbukaan dalam saingan perseorangan lelaki.
Jadi jangkakan kejutan, dengan harapan kemungkinan pada penghujung kejohanan di Jakarta, Chong Wei tidak lagi berduka.
"Dulu semua orang tertumpu kepada Lin Dan, tetapi sekarang sekarang ramai yang sudah tampil. Ia bagus. Ia adalah kejohanan yang hebat di Jakarta. Saya harap semua menikmati kejohanan dan saya harap saya dapat memberi sumbangan kepada negara saya," tambah chong wei.