Malaysia akan tetap menghantar atlet bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai ini, walaupun wujud kebimbangan berhubung penularan wabak COVID-19.
Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya masih belum menerima sebarang arahan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), berhubung penangguhan atau pembatalan temasya sukan terbesar dunia itu yang dijadual berlangsung dari 24 Julai sehingga 9 Ogos ini, di Jepun.
"Sehingga kini, kita masih belum menerima sebarang arahan penangguhan atau pembatalan Sukan Olimpik Tokyo 2020, jadi kita tetap akan menghantar atlet negara seperti biasa," katanya kepada Bernama, pada Rabu.
Ahli jawatankuasa IOC Dick Pound, yang merupakan bekas juara renang dari Kanada dalam satu temuramah bersama sebuah agensi berita antarabangsa pada Selasa, melahirkan kebimbangan Sukan Olimpik 2020 mungkin ditangguh atau dibatalkan oleh Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo susulan penularan wabak COVID-19.
Wabak berkenaan yang bermula di Wuhan, China sejak Disember lepas, dilaporkan telah meragut empat nyawa dan menjangkiti 130 individu di Jepun.
Sebelum ini, Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro tetap berjalan seperti biasa walaupun wujud kebimbangan dalam kalangan negara bertanding berhubung penularan virus Zika, di negara Amerika Selatan itu.
Atlet negara yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo adalah ratu gimnas, Farah Ann Abdul Hadi bagi acara all-around individu; pelayar -- Khairulnizam Mohd Afendy (laser standard), Nur Shazrin Mohd Latif (laser radial), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (International 470 wanita); serta pemanah lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad dalam acara recurve.
Empat atlet terjun negara turut menempah tiket ke Tokyo iaitu Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3 meter papan anjal wanita, serta Pandelela (10m platform wanita) selain gandingan Pandelela-Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 27 2020
MOHAMAD NORZA: Sehingga kini, kita masih belum terima sebarang arahan, jadi kita tetap akan menghantar atlet negara seperti biasa. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
Menteri Pertahanan Israel batal lawatan ke AS di saat akhir
Media Israel melaporkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu berbincang terlebih dahulu dengan Presiden AS, Joe Biden.
IOC nafi khabar angin pembatalan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. .
200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan
Kegagalan itu berpunca daripada litar dalam sistem elektrik lampu di pinggir landasan terminal.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan
Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan.
Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan
Empat pemain Argentina didakwa telah melanggar protokol COVID-19.