Kesemua atlet negara dilarang menyertai sebarang kejohanan atau latihan di lima negara iaitu China, Korea Selatan, Iran, Jepun dan Itali sepanjang bulan ini susulan penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata perkara itu diputuskan selepas perbincangan dan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, dan semua persatuan sukan bersetuju untuk mematuhi arahan itu.
Beliau berkata persatuan dan atlet juga diminta untuk menangguhkan sebarang penyertaan bagi kejohanan bukan sasaran atau bukan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta kejohanan pendedahan melibatkan selain daripada di lima negara itu kerana MSN tidak akan menyediakan peruntukan bagi tujuan berkenaan.
"(Namun) sebarang kejohanan sasaran khususnya yang melibatkan proses kelayakan (ke Sukan Olimpik) bagi kejohanan utama, persatuan perlu berbincang dengan pasukan, atlet atau jurulatih masing-masing dari segi kesediaan untuk bertanding.
"Kita tidak mahu atlet pergi untuk bertanding dengan separuh hati, ketakutan dan kerisauan disebabkan masalah COVID-19," katanya selepas sesi taklimat COVID-19 oleh KKM yang dihadiri 23 persatuan sukan di MSN, hari ini.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 14 lagi kes
BACA: COVID-19: Tidak perlu sampai tutup pejabat - Dr Noor Hisham
Ahmad Shapawi turut meminta agar persatuan sukan mengikut saranan dikeluarkan MSN itu, namun jika ada persatuan tetap mahu menyertai kejohanan atau latihan di luar negara pada bulan ini, mereka boleh meneruskan perancangan tanpa peruntukan daripada MSN.
Beliau berkata pada masa ini, larangan itu hanya dilaksana sepanjang bulan Mac, dan MSN akan terus memantau program melibatkan atlet dari semasa ke semasa mengikut bulan berdasarkan nasihat daripada KKM.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Ahmad Shapawi menasihatkan atlet agar menjadikan 'self-assessment' sebagai rutin dan mengelak sebarang aktiviti melibatkan orang ramai serta sentiasa menjaga kebersihan diri.
Mengulas mengenai kemungkinan berlaku penangguhan Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun susulan wabak COVID-19, Ahmad Shapawi menjelaskan pihaknya sentiasa bersedia terhadap perkara itu.
"Kita sentiasa bersedia ke arah itu (jika Sukan Olimpik 2020 ditangguh) walaupun belum ada kata putus daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). IOC pun sedang memantau seperti kita, mengikut bulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020
AHMAD SHAPAWI: Kita tidak mahu atlet pergi untuk bertanding dengan separuh hati, ketakutan dan kerisauan disebabkan masalah COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris
Keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.