COVID-19: Sukan Olimpik dan Paralimpik ditangguh setahun

Agensi
Mac 24, 2020 13:09 MYT
Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat pada Selasa. - Astro AWANI/Faris Daniel
TEMASYA Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach hari ini bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan empat tahun sekali itu.
"Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan," kata Abe.
Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.
"Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton," tambah beliau.
Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat pada Selasa untuk membincangkan perkara berkenaan.
Ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan.
Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.
#COVID-19 #Jepun #koronavirus #Olimpik #Perdana Menteri #Shinzo Abe #Sukan Olimpik #Tokyo