BARCELONA telah mengesahkan Ousmane Dembele, Samuel Umtiti dan Gavi telah diuji positif COVID-19.

Blaugrana sebelum ini dihimpit masalah COVID dengan Clement Lenglet, Dani Alves, Jordi Alba dan Alejandro Balde diuji positif minggu lalu.

Kenyataan di laman web kelab pada Rabu berbunyi: "Dembele, Umtiti dan Gavi positif COVID-19 selepas ujian PCR pada skuad.

"Pemain berada dalam keadaan sihat dan mengasingkan diri di rumah. Kelab telah melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan."

Umtiti sebahagian besarnya tidak beraksi di Camp Nou musim ini, bermain hanya sekali dalam semua pertandingan, manakala Dembele hanya berjaya melakukan lapan penampilan (empat permulaan) setelah diketepikan kerana kecederaan.

Gavi merupakan pemain ketiga terbanyak dalam kelab yang melakukan penampilan musim ini, pemain berusia 17 tahun itu beraksi 22 kali dan turun dalam kesebelasan utama 17 kali. Hanya Sergio Busquets yang tampil lebih kerap.

Blaugrana menduduki tempat ketujuh LaLiga, dua mata di belakang tangga keempat dan 18 di belakang pendahulu Real Madrid, dan bertandang ke Real Mallorca 2 Januari.