KUALA LUMPUR: Skuad Hoki Projek Khas Wanita terpaksa berputih mata apabila penganjur tidak membenarkan pasukan itu turun menentang China pada aksi pembukaan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2021 di Donghae, Korea Selatan, pada Ahad (hari ini).
Ia susulan seorang daripada pemain negara Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif COVID-19 ujian calitan ketika ketibaan pasukan pada 29 Nov lepas, yang menyebabkan seluruh pasukan negara dikuarantin sejak 1 Dis.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi kenyataan malam tadi menyatakan walaupun menghormati keputusan pihak penganjur, KHM pada masa sama sedang bekerjasama dengan Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik supaya skuad 'The Malaysian Tigress' dapat beraksi dalam kejohanan itu.
"Nurul Faezah dan keseluruhan pasukan negara (pemain, barisan kejurulatihan dan Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas KHM) kini berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak menunjukkan sebarang gejala, tanda-tanda atau simptom COVID-19," menurut KHM.
Sementara itu, AHF menerusi kenyataan berasingan berkata skuad Malaysia tidak dapat beraksi pada 5 dan 6 Dis berikutan isu berkaitan COVID-19.
"AHF kesal dengan keadaan malang yang telah timbul, sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan ketara dan terkini dalam protokol COVID tempatan dan Korea Selatan, berdasarkan bilangan kes baharu yang tinggi dalam negara dan wilayah serta kemunculan varian baharu Omicron.
"AHF dan Persatuan Hoki Korea Selatan melakukan yang terbaik untuk membolehkan pasukan wanita Malaysia kembali menyertai kejohanan itu. Ia adalah keutamaan kami untuk membenarkan atlet dan petugas pasukan yang telah berlatih, bersiap sedia dan mengembara untuk menyertai acara besar ini," menurut AHF.
Selepas aksi menentang China, Malaysia dijadual berdepan India pada Isnin, Jepun (8 Dis), tuan rumah Korea Selatan (9 Dis) dan Thailand (11 Dis) pada kejohanan enam penjuru itu.
Pencapaian terbaik skuad negara adalah kedudukan pingat gangsa pada edisi 2013, manakala dalam edisi lepas pada 2018, skuad 'The Malaysian Tigress' itu meraih tempat keempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Menurut KHM, keseluruhan pasukan negara kini berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak menunjukkan sebarang gejala, tanda-tanda atau simptom COVID-19. - Foto Astro ARENA
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
AWANI Ringkas: Konflik Asia Barat: Perkukuh peranan OIC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Sidang media misi bantuan kemanusiaan ke Gaza Break The Seige
Ikuti langsung sidang media misi bantuan kemanusiaan ke Gaza Break The Seige (Freedom Flotilla Coalition) anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang turut dihadiri oleh Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar.
#AWANInews
#AWANInews
Pantau Belanjawan: Konflik Asia Barat | Depani impak, peluang perdagangan
Bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuk lapan buah ambulans
Tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo akan belayar dalam masa terdekat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuk pek makanan, khemah, pek makanan dan bekalan perubatan.
#AWANInews
#AWANInews
Abbas bentuk lembaga pengarah baharu untuk Dana Pelaburan Palestin
Dana Pelaburan Palestin beroperasi sebagai syarikat pegangan saham awam yang berdaftar dengan Kementerian Ekonomi Negara.
Pihak penganjur pantau keadaan, utamakan keselamatan peserta
Pihak penganjur sentiasa memantau keadaan dan setakat ini tidak ada sebarang penghalang dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia dipecat
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Kejadian tikaman di gereja Sydney diisytihar 'tindakan pengganas'
Polis Australia mengisytiharkan kejadian tikaman di sebuah gereja di Sydney pada Isnin sebagai "tindakan pengganas."
Kejadian itu berlaku pada sebelah petang di Gereja Christ The Good Shepherd di pinggir bandar Wakeley.
Kejadian itu berlaku pada sebelah petang di Gereja Christ The Good Shepherd di pinggir bandar Wakeley.
COVID-19: Malaysian Tigress berputih mata aksi menentang China
Ia susulan Nurul Faezah Shafiqah Khalim disahkan positif COVID-19, menyebabkan seluruh pasukan negara dikuarantin sejak 1 Dis.