CRISTIANO Ronaldo menjadi atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes, selepas perpindahannya ke kelab bola sepak Arab Saudi, Al-Nassr.

Beliau menerima gaji tahunan dua kali ganda berbanding kelab sebelum ini.

Ronaldo yang memeterai kontrak dengan Al-Nassr sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United, menerima AS$136 juta tahun lalu.

Ketika beraksi di United, Ronaldo menerima sekitar AS$75 juta. Kontrak Ronaldo dianggarkan bernilai lebih AS$219 juta.

Sementara itu, duo kelab Paris St Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe berada di tangga kedua dan ketiga, senarai atlet terima bayaran tertinggi Forbes.

Messi, menerima AS$130 juta setahun sementara Mbappe dibayar AS$120 juta setahun.

Atlet lain dalam senarai Forbes termasuk pemain Los Angeles Lakers Le Bron James dengan bayaran AS$119.5 juta.

Pendapatan tahunan Forbes dikira daripada hadiah kemenangan, gaji dan bonus yang diterima atlet dalam tempoh 12 bulan.