BEKAS pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mengesahkan dia berkemungkinan besar tidak menyertai Terbuka Amerika Syarikat selepas pemain pilihan kejohanan Wimbledon itu masih kekal dengan pendirian enggan untuk mengambil vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, di sebalik kekecewaan bahawa dia mungkin akan terlepas satu lagi kejohanan Grand Slam tahun ini, pemain berusia 35 tahun itu mengakui situasi tersebut membuatkan dia lebih bermotivasi untuk memenangi Wimbledon buat kali ketujuh, yang akan membawanya setanding dengan legenda Amerika Syarikat, Pete Sampras.
“Setakat ini, saya masih belum dibenarkan untuk memasuki Amerika atas sebab-sebab tertentu. Dan ia sudah tentu beri saya motivasi untuk bertanding di kejohanan ini (Wimbledon).
“Saya berharap dapat bermain dengan baik seperti yang dilakukan dalam tiga edisi sebelum ini. Selepas itu baru saya lihat apa yang perlu dibuat selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, Djokovic melahirkan rasa kecewanya apabila pihak penganjur kejohanan tidak membenarkan atlet daripada Belarus dan Rusia beraksi di Wimbledon.
“Saya tidak melihat pemain-pemain ada memainkan peranan dalam krisis yang berlaku ketika ini. Ia seolah tidak adil apabila tidak membenarkan mereka bermain di kejohanan ini.
“Pemain-pemain ini perlu diberi peluang untuk bertanding dan memenangi sesuatu kejohanan kerana mereka atlet profesional. Saya rasa tiada di antara mereka yang menyokong perang atau perkara lain yang sama dengannya,” ujarnya. - Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022
Djokovic melahirkan rasa kecewanya apabila pihak penganjur kejohanan tidak membenarkan atlet daripada Belarus dan Rusia beraksi di Wimbledon. - Foto fail/REUTERS
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Tenis: Jannik Sinner juara Terbuka ABN Amro
Selepas memenangi Terbuka Australia pada Januari, Sinner datang ke Rotterdam dengan penuh keyakinan dan menjadi pilihan utama.
Terbuka Australia: Sabalenka tundukkan Lesia
Aryna beraksi di Melbourne Park tanpa negara rasmi berikutan pemain Rusia dan Belarus dilarang bertanding oleh penganjur.
Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.
Djokovic menang jelajah akhir ATP ketujuh di Itali
Novak Djokovic memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP ketujuhnya dengan penuh bergaya, menewaskan pemain tuan rumah Jannik Sinner.
Iga Swiatek kini pemain tenis nombor satu dunia
Pemain Poland itu menundukkan Jessica Pegula dari AS untuk mengungguli final WTA dalam aksi yang tertangguh akibat hujan pagi Selasa.
Sensasi gelaran Grand Slam ke-24 Djokovic
Pemain Serbia itu menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3.
Terbuka AS: Insiden tunjuk perasaan cemari kejayaan Gauff mara ke final
Kemenangan Gauff dibayangi sekumpulan kecil penonton yang memakai kemeja-T tertera perkataan 'akhiri bahan api fosil'.
Tenis Terbuka Amerika Syarikat: Djokovic masih berbisa
Pemain sensasi, Novak Djokovic berada dalam kelas tersendiri mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Terbuka AS: Djokovic catat kemenangan, teratas ranking dunia
Novak Djokovic menewaskan Alexandre Muller 6-0, 6-2, 6-3 ketika kembali ke Terbuka AS pada Isnin malam sekali gus berada di kedudukan teratas ranking dunia.
Wimbledon: Djokovic kecundang, Carlos Alcaraz muncul juara
Alcaraz, yang merupakan pemain nombor satu dunia berjaya menumpaskan bintang Serbia itu menerusi lima set dengan mata 1-6, 7-6(6), 6-1, 3-6, 6-4.