Biarpun Lin Dan menyekat impian Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan dunia 2013 semalam, namun jaguh badminton negara itu masih belum terbuka hati untuk bersara.
Sebaliknya, Chong Wei melupakan hasrat bersara yang pernah diluahkan sebelum Sukan Olimpik London 2012 untuk mengejar misi merangkul emas pertama negara sukan Olimpik pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
"Impian saya ialah meraih kejuaraan pada Sukan Olimpik 2016. Saya akan cuba yang terbaik nanti," katanya sejurus tiba dari Guangzhou, China, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu, yang mencecah usia 31 tahun pada 21 Okt ini, gagal dalam misi meraih gelaran sulung pada Kejohanan Dunia di Guangzhou semalam selepas kalah kepada musuh tradisinya dari China itu.
Chong Wei terpaksa menarik diri pada set penentuan ketika 17-20 selepas mengalami kekejangan otot di kaki dan perut. Sebelum itu, Chong Wei memenangi set pertama 21-16 dan kalah 13-21 paad set berikutnya.
Chong Wei berkata beliau berharap keadaan fizikalnya akan kembali cergas secepat mungkin untuk meneruskan latihan bagi menghadapi Kejohanan Dunia 2014 di Denmark.
Beliau, yang kecewa dengan kekalahan itu, menyifatkan cabaran pada kejohanan dunia di Guangzhou adalah paling sengit.
Permainan Chong Wei dikatakan tidak menjadi apabila pendingin hawa di Gimnasium Tianhe di Guangzhou tiba-tiba ditutup dan keadaan panas serta tidak berangin itu merubah sepenuhnya perjalanan perlawanan.
Chong Wei meminta rawatan pada kedudukan 16-19 di set ketiga dan cuba menyambung permainan, namun beliau tidak mampu bergerak pada kedudukan 17-20 untuk menghadiahkan kejuaraan dunia yang kelima buat Lin Dan.
"Saya tidak boleh buat apa-apa. Mungkin kelebihan kepada Lin Dan... Apa pun saya kena belajar dari kesilapan saya sendiri.
"Doktor beritahu saya kekurangan air dalam badan dan banyak berpeluh menyebabkan saya mengalami kekejangan otot," katanya.
Ketika mengulas tentang prestasi pencabarnya, Chong Wei berkata corak permainan Lin Dan tidak banyak berubah, serta beranggapan bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada lawannya itu.
"Walaupun Lin Dan kurang beraksi dalam beberapa kejohanan penting pada tahun ini, prestasi beliau masih sama dan tidak banyak berubah.
"Mungkin bermain di gelanggang sendiri dengan penyokong memberikan beliau lebih bersemangat untuk menjadi juara," katanya.
Sementara itu, isterinya Datin Wong Mew Choo berkata beliau tetap akan menyokong karier Chong Wei dan yakin impian suaminya untuk meraih kejuaraan pada kejohanan dunia akan datang akan menjadi kenyataan.
"Chong Wei sudah cuba yang terbaik, menang kalah merupakan adat pertandingan. Saya tetap berbangga walaupun menghadapi tentangan sengit dari Lin Dan, beliau tetap lawan," katanya Mew Choo yang juga merupakan bekas pemain perseorangan wanita negara.
Bernama
Mon Aug 12 2013
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).