SON HEUNG-MIN dan Mohamed Salah berkongsi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris selepas bintang Tottenham dan Liverpool itu menamatkan musim dengan 23 gol.

Penyerang Tottenham, Son mendahului Salah dalam persaingan penjaring terbanyak selepas pemain kebangsaan Korea Selatan itu meledak dua gol ketika merakamkan kemenangan 5-0 ke atas Norwich City di Carrow Road.

Bagaimanapun, Salah menyamakan bilangan jaringan apabila meledak gol pada minit ke-84 di Anfield ketika Liverpool mengatasi Wolves 3-1, namun kemenangan itu tidak cukup untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana Manchester City bangkit untuk menang 3-2 ke atas Aston Villa.

Son menjadi pemain Asia pertama memenangi anugerah tersebut, sementara ia merupakan anugerah yang ketiga bagi Salah.


*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro