EPL: Conte yakin Son Heung-min akan tamatkan kemarau jaringan di Tottenham

Astro Arena
Ogos 29, 2022 00:45 MYT
Harry Kane (kiri) dan Richarlison meraikan gol kedua pasukan mereka ketika perlawanan EPL antara Nottingham Forest dan Tottenham Hotspur di stadium City Ground, Nottingham, England, 28 Ogos 2022. (Foto AP)
NOTTINGHAM FOREST 0 TOTTENHAM HOTSPUR 2
Ketua jurulatih Tottenham, Antonio Conte, yakin Son Heung-min akan menamatkan kemarau jaringannya tidak lama lagi sambil berkata, sikap penyerang itu amat bagus sehingga dia sanggup untuk menjadikannya menantu.
Son musim lalu berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama pemain Liverpool, Mohamed Salah, tetapi dia masih belum menemui sebarang jaringan bagi musim 2022-23.
Harry Kane, dalam pada itu, bertindak sebagai penyumbang gol utama buat Spurs sepanjang empat perlawanan pertama musim ini dan dua jaringan terbarunya menyaksikan mereka menewaskan Nottingham Forest 2-0 dalam perlawanan EPL di The City Ground lewat malam tadi.
Bagaimanapun, Conte tiada sebarang kegusaran mengensai Son, yang dipercayainya boleh menjadi contoh kepada seluruh pasukannya.

39 - Since the start of March, Tottenham have picked up more points in the Premier League than any other team (39), winning 12 of their 17 games in this time (D3 L2). Impressive. pic.twitter.com/1xEKv5WNMO

— OptaJoe (@OptaJoe) August 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sonny benar-benar seorang pemain yang matang. Dia pemain terbaik, seorang yang amat bagus. Jika saya perlu mencari suami untuk anak perempuan saya, saya mahukan seorang sepertinya," kata Conte dalam sidang media.
"Pada ketika ini, mungkin dia amat menderita kerana dia tidak dapat menjaringkan gol tetapi dia perlu terus mempercayai dirinya kerana dia mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.
"Dia perlu bertenang. Kami mempercayainya. Sudah pasti dia agak kecewa kerana dia tidak menjaringkan gol tetapi ia bukan satu masalah buat saya. Son akan sentiasa menjadi sebahagian daripada visi bola sepak saya," katanya.
#EPL #Antonio Conte #Son Heung-min #Tottenham Hotspur FC