EPL: Manchester United tewaskan Brighton, lonjak tangga ke-5

Astro Awani
Julai 1, 2020 00:45 MYT
Pemain Manchester United Victor Lindelof beraksi bersama pemain Brighton & Hove Albion Yves Bissouma, dalam perlawanan EPL yang berlangsung tanpa penonton di The American Express Community Stadium, Brighton, Britain, 30 Jun, 2020. REUTERS
MANCHESTER United terus hidupkan peluang bersaing untuk empat tempat teratas apabila menundukkan Brighton & Hove Albion dengan 3 - 0 dalam perlawanan awal pagi tadi.
Anak buah Ole Gunnar Solskjaer itu kelihatan mendominasi aksi di Stadium Annex.
Pasukan itu juga mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 15 perlawanan.
Bruno Fernandes muncul wira United apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-29 dan ke-50.
Sementara itu, satu lagi jaringan disumbangkan Mason Greenwood.
Keputusan membolehkan United melonjak ke tangga kelima dan hanya ketinggalan dua mata daripada Chelsea di tempat keempat.
#Brighton & Hove Albion #EPL #Liga Perdana Inggeris #Manchester United