EPL: West Ham setuju dapatkan Harry Maguire, James Ward-Prowse

Astro Arena
Ogos 10, 2023 01:50 MYT
Harry Maguire (kiri) dan James Ward-Prowse dilaporkan bersetuju dengan terma diusulkan The Hammers. - Foto Astro ARENA
WEST Ham bersetuju dengan kesepakatan untuk menandatangani Harry Maguire dan James Ward-Prowse, demikian dilaporkan agensi berita PA.
Pertahanan Manchester United, Maguire, dan pemain tengah Southampton, Ward-Prowse, dikhabarkan turut telah bersetuju dengan terma peribadi yang diusulkan The Hammers.
Maguire ketika ini masih dalam perbincangan dengan United mengenai terma untuk dia meninggalkan Old Trafford tetapi perpindahan itu, yang difahamkan bernilai £30 juta (RM174.43 juta), dijangka akan berjalan lancar.
The Hammers juga semakin hampir untuk mengumumkan ketibaan pemain tengah Mexico, Edson Alvarez, yang didapatkan daripada Ajax dengan perbelanjaan £35 juta (RM203.48 juta).
Pemain berusia 25 tahun itu telah selesai menjalani ujian perubatan tetapi kertas kerja berkaitan perpindahannya masih belum lengkap.
#Harry Maguire #jendela perpindahan #Manchester United #West Ham