EPL: Wolves lantik Gary O'Neil ganti Julen Lopetegui sebagai pengurus

Astro Arena
Ogos 10, 2023 01:20 MYT
O'Neil perlu segera melakukan persiapan terbaiknya menjelang aksi pertama menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi Selasa ini. - Foto Astro ARENA
WOLVES bertindak pantas melantik Gary O'Neil sebagai pengganti Julen Lepotegui bagi mengisi jawatan ketua jurulatih pasukan itu.
Pengendali berusia 40 tahun berkenaan, jurulatih British pertama membimbing kelab itu dalam tempoh enam tahun ini, dipecat Bournemouth pada Jun lalu walaupun berhasil memastikan The Cherries tidak tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dia menandatangani kontrak tiga tahun selepas Wolves dan Lopetegui bersetuju untuk membawa haluan berbeza semalam, yang difahamkan berikutan perbezaan pendapat mengenai arah tuju pengambilan pemain kelab itu.
Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum musim baru EPL dibuka hujung minggu ini, O'Neil perlu segera melakukan persiapan terbaiknya menjelang aksi pertama menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi Selasa ini.

Gary O'Neil has been appointed as our new head coach. Welcome to the club, Gary

— Wolves (@Wolves) August 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Gary O'Neil #Wolverhampton Wanderers #Julen Lepotegui #EPL