ESL One Genting: Newbee juara, bawa pulang RM619,000

Mariah Ahmad
Januari 28, 2018 12:47 MYT
Kemenangan itu juga menyaksikan Newbee membawa pulang wang tunai kira-kira RM619,000 dengan mata kelayakan The International 2018 (TI8) sebanyak 200 mata. - Astro AWANI/Mariah Ahmad
Pasukan gergasi China Newbee meraih kemenangan yang sangat bergaya selepas membenam Team Liquid 3-2 dalam dalam final kejohanan Dota 2 ESL One Genting di Arena of Stars Genting Highlands, di sini hari ini.
Kemenangan itu juga menyaksikan Newbee membawa pulang wang tunai kira-kira RM619,000 (USD$160,000) dengan mata kelayakan The International 2018 (TI8) sebanyak 200 mata.
Sementara itu, Team Liquid selaku naib juara membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM300,000 dengan 120 mata kelayakan TI8.

TERKINI: @NewbeeC tebus maruah kekalahan di TI7, belasah @TeamLiquid 3-2 dalam final #ESLOne Genting seketika tadi di Arena of Stars Genting Highlands. #dota2 #eslonegenting #arenamaya pic.twitter.com/KULvDNrkte

— Mariah (@A_marea) January 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan Newbee terdiri daripada Xu Han (Moogy), Song Chun (Sccc) Damien Chok (kpii) Hu Liangzhi (Kaka) dan Zeng Hongda (Faith).
Pasukan tersebut kini berada di kedudukan ketiga ranking dunia dalam arena profesional Dota 2, menurut GosuGamers.
#arena maya #Dota 2 #esl one #esl one genting #newbee #Team Liquid