PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengembangkan penganjuran Liga Bolasepak Puteri Bawah 15 tahun (B-15) dalam misi melahirkan lebih ramai bakat baharu bagi meningkatkan mutu bola sepak wanita di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob berharap lebih banyak pasukan akan menyertai liga itu pada masa akan datang selain hadiah kemenangan dapat ditingkatkan.
"Tahun ini sembilan pasukan sertai dan tahun depan kita harap lebih 10 pasukan akan bersaing. Bila banyak pasukan sertai, liga akan lebih panjang jadi sudah tentu hadiah kemenangan pasti tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup liga berkenaan di Padang Kompleks Sukan PKNS, di sini, pada Sabtu.
Kejohanan Liga Bolasepak Puteri B-15 2024 menyaksikan SSS Leopard FC dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas mengumpul 21 mata daripada lapan perlawanan yang berlangsung selama lapan minggu sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM15,000.
Naib juara diraih pasukan Velocity Academy yang membawa pulang RM10,000 selepas mengutip 20 mata manakala pasukan Melaka ditempat ketiga dengan 17 mata dan membawa pulang RM5,000.
Pemain Velocity Academy, Putri Mia Alysa Ahmad Zakiyamani, 13, dinobat sebagai penjaring terbanyak dan pemain paling bernilai pada kejohanan itu sekali gus membawa pulang trofi dan wang berjumlah RM2,000.
Dalam pada itu, Suraya berkata, FAM juga akan mempergiatkan usaha memperkasakan bola sepak wanita dengan menjalinkan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membolehkan lebih banyak sekolah mempunyai pasukan bola sepak lelaki dan perempuan.
"Kita percaya selepas ini kita boleh buat (liga bola sepak) kategori lebih muda dan lahirkan lebih ramai pemain yang dapat beraksi di pelbagai peringkat pada setiap tahun," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengembangkan penganjuran Liga Bolasepak Puteri Bawah 15 tahun (B-15) dalam misi melahirkan lebih ramai bakat baharu bagi meningkatkan mutu bola sepak wanita di negara ini. - Foto FB FAM
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.