Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak tahu menahu tentang kunjungan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, Ogos depan.

FAM mengulas laporan sebuah akhbar tempatan, hari ini.

Dalam satu kenyataan FAM menjelaskan tiada mana-mana pihak yang menghubungi mereka mengenai kedatangan kelab La Liga itu ke Malaysia.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu, Barcelona akan mengadakan kunjungan ke negara ini selepas mengadakan perlawanan persahabatan di beberapa buah negara.

Antaranya ialah Beijing, China dan Bangkok, Thailand menerusi jelajah Asia kelab itu.

Jelajah berkenaan adalah sebahagian persiapan Barcelona bagi menghadapi musim baru La Liga Sepanyol 2013/14.

Bagi saingan musim ini, kelab itu sedang menerajui liga dengan mengutip 68 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.