Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji dan menyiasat perlawanan berisiko tinggi tercetusnya rusuhan, agar kawalan ketat dapat diadakan bagi mengelak insiden kekecohan perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak, Sabtu lepas.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, FAM dan pihak berkuasa perlu memberi lebih perhatian terhadap kawalan stadium ketika perlawanan antara beberapa pasukan bola sepak berisiko berlangsung.
"Rusuhan di Stadium Negeri, Kuching itu tidak sepatutnya berlaku tetapi dalam keghairahan atau suasana bersemangat di stadium, perkara negatif seperti ini ada kemungkinan berlaku sekiranya kawalan keselamatan tidak ketat.
"Jadi, saya minta polis dan FAM buat siasatan dan pertingkatkan keselamatan. Saya serah kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas menyertai program senamrobik anjuran radio Era FM di Taman Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.
Khairy turut menasihatkan penyokong bola sepak negara agar sentiasa dapat menjaga tatatertib dan kesopanan ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.
Kejadian rusuhan di Stadium Negeri Kuching, itu berpunca daripada rasa tidak puas hati penyokong Sarawak terhadap keputusan penolong pengadil memberi sepakan percuma kepada pasukan Perak yang akhirnya menyaksikan kesudahan terikat 1-1 antara pasukan pasukan Ngap Sayot dan Perak.
Keputusan itu seterusnya menyebabkan pasukan Sarawak tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas menghuni tempat tercorot dalam kumpulan B.
Berikutan penyingkiran Sarawak itu, satu kekecohanan tercetus antara penyokong kedua-dua pasukan apabila ada dalam kalangan penyokong bertindak melempar suar dan mercun ke dalam padang serta membakar sebuah kereta peronda polis di luar stadium.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata program FitMalaysia yang akan dilancarkan di Dataran Merdeka Ahad ini antara lain bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.
Selain itu, katanya program itu juga bermatlamat menjadikan rakyat Malaysia lebih cergas dan meningkatkan tahap kesihatan masing-masing, selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
"Selepas Kuala Lumpur (Dataran Merdeka) kita akan bergerak ke seluruh negara dan saya sendiri akan mengetuai gerakan tersebut," katanya.
Antara aktiviti sempena pelancaran itu ialah acara larian, berbasikal, seni mempertahankan diri, senamrobik dan tarian zumba.
Bernama
Mon Sep 01 2014
Kejadian rusuhan di Stadium Negeri Kuching yang berpunca daripada rasa tidak puas hati penyokong Sarawak. - Foto BERNAMA
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).
Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Harimau Malaya tidak kecewa dan terus usaha.
Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam
Hujan yang berterusan hampir sejam itu menyaksikan sebahagian kawasan parkir kereta di stadium tersebut digenangi air.