BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, enggan terbawa-bawa dengan status juara dunia menjelang Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok, Thailand bermula Rabu ini.
Sebaliknya, mereka mahu melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan agar dapat melengkapkan musim 2022 dengan kecemerlangan.
Aaron, yang ditemui Astro Arena di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) hari ini, berkata: "Saya rasa gelaran itu sudah berlalu buat kami, setiap kejohanan akan bermula dari awal semula.
"Kami tidak mahu memberikan tekanan buat diri kami hanya kerana kami juara dunia.
"Kami hanya mahu buat yang terbaik setiap kali turun ke gelanggang dan tiada sebarang sesalan mengenainya," katanya.
Wooi Yik, dalam pada itu, menambah: "Sasaran utama kami sememangnya untuk ke final atau bergelar juara.
"Kami sudah melakukan persiapan sejak sekian lama, jadi inilah masanya untuk kami mengeluarkan prestasi terbaik kami dengan sehabisnya." - Astro ARENA
Astro Arena
Sun Dec 04 2022
Mereka mahu melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan agar dapat melengkapkan musim 2022 dengan kecemerlangan. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Final Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik enggan terbawa-bawa status juara dunia
Final Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik enggan terbawa-bawa status juara dunia