SON Heung-min dan Harry Kane merakamkan aksi derby penuh bergaya selepas merakamkan kemenangan 3-1 ke atas West Ham ketika Tottenham melonjak ke tanggan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gandingan itu mencetus masalah yang menyaksikan gol sendiri Kurt Zouma, sebelum Kane melakukan lorongan untuk Son menggandakan jaringan.

Said Benrahma mengurangkan defisit jaringan untuk West Ham namun skuad kendalian David Moyes gagal mencari gol penyamaan selepas Son menoktahkan kemenangan dengan gol pada minit ke-88.

Kemenangan keempat dalam lima perlawanan EPL menyaksikan Tottenham di hadapan Hammers dan Manchester United, ketinggalan tiga mata di belakang Arsenal yang menghuni tangga keempat.