Gimnas Amy Kwan menangi pingat emas ke-100 Malaysia

Bernama
Ogos 28, 2017 08:18 MYT
Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama (Gimrama). -Gambar fail
Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama (Gimrama) .
Gimnas negara itu memperoleh 15.750 mata untuk mengatasi rakan senegara Koi Sie Yan yang mendapat 14.700 mata untuk pingat emas pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Pingat gangsa menjadi milik gimnas Thailand Panjarat Prawatyotin dengan 13.700 mata.
Malaysia menyasarkan 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29.
-- BERNAMA
#Amy Kwan Dict Weng #gimrama #Koi Sie Yan #Sukan SEA Kuala Lumpur 2017