Gimrama: Gimnas negara tuai emas ke-101

Astro Arena
Ogos 28, 2017 09:01 MYT
Malaysia meraih 15.350 mata untuk emas manakala Vietnam di tempat kedua dengan 13.650 mata manakala Singapura di tempat ketiga (11.450 mata). - Foto Astro ARENA
SKUAD gimnas negara terus mempamerkan persembahan yang unggul selepas meraih emas ke-101 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara berpasukan disiplin campuran, sebentar tadi.
Pada sebelah pagi, skuad gimnas negara berjaya meraih empat emas menerusi disiplin bola, gelung, belantan dan riben sekaligus menuai emas yang ke-100 untuk negara.
Malaysia yang dibarisi oleh Amira Sofiya Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen dan Thew Yue Jia unggul bagi menambah koleksi pingat dalam acara berpasukan disiplin campuran (dua tali dan tiga bola.
Mereka meraih 15.350 mata untuk emas manakala Vietnam di tempat kedua dengan 13.650 mata manakala Singapura di tempat ketiga (11.450 mata).
BACA JUGA: Gimnas Amy Kwan menangi pingat emas ke-100 Malaysia
#acara berpasukan campuran #gimnas #pingat emas #SEA Games #sukan #Sukan SEA