PUTRAJAYA: Datuk Hamidin Mohd Amin berjaya mempertahankan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk penggal 2021-2025, selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-57 di sini, hari ini.
Ia menjadi penggal kedua buat Hamidin yang juga Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), selepas mula dilantik menduduki kerusi nombor satu badan induk itu pada Julai 2018, menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ketiadaan pertandingan bagi dua jawatan timbalan presiden menyaksikan Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengekalkan kerusinya, sementara Datuk S.Sivasundaram sah dilantik menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal, yang tidak mempertahankan kedudukannya.
Persaingan dalam mengisi empat kerusi naib presiden menyaksikan Datuk Seri Rosmadi Ismail meraih jumlah undian tertinggi iaitu 36 undi diikuti Mohd Joehari Mohd Ayub (35), Mohd Firdaus Mohamed (32) dan Datuk Posa Majais menerima 30 undi.
Ia sekali gus mengetepikan cabaran bekas timbalan presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah yang sebelum ini mengintai peluang kembali menabur bakti bersama badan induk itu, selepas hanya meraih 27 undi.
Bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM pula, empat penyandang jawatan tersebut iaitu Datuk Jefferey Low Han Chau mendapat undi tertinggi, 34 undi, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (28), Christopher Raj Aralanthu (25), dan Md Dali Wahid (25), antara keseluruhan lapan calon dipilih pada pemilihan itu.
Sementara Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan N.Saaran memperperoleh 31 undi, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor Datuk Seri Shahril Mokhtar (25 undi), bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Datuk Adly Shah Ahmad Tah (21) dan Syed Yazid Syed Omar meraih 25 undi pada undian kali kedua, yang melengkapkan senarai jawatan itu.
Terdahulu, Syed Yazid dan Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, terikat dengan jumlah 19 undi sebelum undian semula dibuat melibatkan kedua-dua calon menyaksikan Syed Yazid meraih 25 undi sementara Kamarul Ariffin mendapat 15 undi.
Sementara itu Datuk Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah yang turut tidak dicabar kali ini, sah mengisi dua jawatan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif wanita.
Sebanyak 20 perwakilan hadir pada Kongres FAM yang berlangsung lebih tiga jam, bermula seawal 10 pagi tadi dengan dua undian diberikan kepada setiap perwakilan.
Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk penggal 2021-2025:
Presiden:
1. Datuk Hamidin Mohd Amin
Timbalan Presiden:
1. Datuk Mohd Yusoff Mahadi
2. Datuk S.Sivasundaram
Naib Presiden:
1. Datuk Seri Rosmadi Ismail (36 undi)
2. Mohd Joehari Mohd Ayub (35)
3. Mohd Firdaus Mohamed (32)
4. Datuk Posa Majais (30)
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Jefferey Low Han Chau (34 undi)
2. N. Saaran (31)
3. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (28)
4. Christopher Raj Aralanthu (25)
5. Datuk Seri Shahril Mokhtar (25)
6. ACP (B) Md Dali Wahid
7. Datuk Adly Shah Ahmad Tah (21)
8. Syed Yazid Syed Omar (25 undian semula)
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Wanita
1. Datuk Suraya Yaacob
2. Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin (dua, kanan) menyampaikan ucapan pada Kongres Tahunan FAM ke-57 hari ini. Turut hadir Timbalan President FAM Datuk Wira Mohd Yosoff Mahadi (kanan). - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hamidin kekal terajui FAM bagi penggal 2021-2025
Datuk Hamidin Mohd Amin berjaya mempertahankan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk penggal 2021-2025, selepas menang tanpa bertanding.
Hamidin dilantik Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Hamidin dilantik presiden FAM ke-7
Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 secara rasmi hari ini.