Seluruh rakyat Malaysia perlu terus memberikan sokongan padu untuk skuad Harimau Malaya yang bakal memikul tugas berat dalam aksi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata bagi mereka yang tidak berada di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, mereka masih berperanan sebagai 'pemain ke-12' untuk memberi sokongan ketika menonton di televisyen.
Beliau tetap percaya semangat yang ada pada para pemain skuad Harimau Malaya mampu melakukan keajaiban selepas skuad bimbingan Dollah Salleh itu membuktikan kebangkitan mereka pada perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir.
"Saya percaya kepada semangat pasukan kita. Sama ada itu keajaiban atau tidak, saya percaya kepada semangat sebab kalau kita tengok, sudah tentu 2-0 lebih teruk daripada 2-1, tetapi kita kejar dengan Vietnam, pasukan yang jauh lebih baik dari kita.
"Kita mahu lakukan perkara mustahil. Sudah dua kali kita tunjuk kita boleh bangkit dari dua keadaan yang sukar. Jadi, jangan putus asa dengan pasukan Dollah ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di sini semalam.
Malaysia tewas 2-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand malam tadi menerusi jaringan sepakan penalti Charyl Yannic Chappuis pada minit ke-71 dan Kroekrit Thawikan pada minit ke-82.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati para peminat bola sepak tanah air masih membeli tiket di kaunter yang mula dibuka semalam pada pukul 9 pagi, manakala penyokong yang membeli menerusi dalam talian turut kelihatan menebus tiket di Stadium Putra.
Para peniaga turut kelihatan di perkarangan stadium menjual jersi dan mafla Harimau Malaya.
Bernama
Fri Dec 19 2014
KHAIRY: Harimau Malaya perlu sokongan padu rakyat. - Foto Bernama
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.