ERIC Abidal merayu kepada Hayet agar memaafkannya selepas isterinya itu menuntut cerai apabila mendakwa bekas bintang Barcelona dan Perancis itu mengaku pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Kheira Hamraoui.
Hamraoui merupakan pemain bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) yang dibelasah dengan palang besi oleh penyerang bertopeng di luar rumahnya pada 4 November lalu.
Siasatan polis terhadap serangan itu dilaporkan telah membawa kepada penemuan kaitan skandal mereka dalam bentuk cip telefon atas nama Abidal yang digunakan oleh Hamraoui.
Menurut kenyataan yang dirujuk secara meluas daripada peguam Hayet Abidal, Nicolas Cellupica, yang didedahkan kepada agensi berita AFP, penemuan cip telefon itu mendorong bekas pemain bola sepak tersebut mengakui dia telah tersilap langkah.
Hamraoui merupakan bekas tonggak wanita Barcelona ketika Abidal menjadi pengarah bola sepak di kelab Sepanyol itu dari 2018 hingga 2020 sebelum pemain tengah itu berpindah ke PSG pada Julai tahun ini.
Abidal menulis di Instagram: "Hayet Abidal maafkan saya. Apa pun keputusan anda, di kaca mata saya anda kekal sebagai wanita dalam hidup saya, terutama ibu kepada anak-anak kami yang menawan.
"Saya berhak mendapat penghinaan ini walaupun ia akan membunuh saya hidup-hidup. Alhamdulillah, Insya-Allah suatu hari nanti awak akan maafkan saya."
Hamraoui semakin pulih daripada serangan itu yang menyaksikan rakan sepasukannya di PSG, Aminata Diallo, dianggap sebagai suspek.
Diallo telah dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan apabila bersungguh-sungguh menegaskan dia tidak bersalah atas sebarang salah laku ketika siasatan polis diteruskan.
Hamraoui belum membuat kenyataan umum mengenai dakwaan dia dan Abidal mempunyai hubungan sulit.
Astro Arena
Wed Nov 24 2021
Abidal menulis di Instagram: Hayet Abidal maafkan saya. Apa pun keputusan anda, di kaca mata saya anda kekal sebagai wanita dalam hidup saya. - Foto Astro ARENA
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Hubungan sulit Abidal dengan pemain PSG terbongkar
Hamraoui dibelasah dengan palang besi oleh penyerang bertopeng di luar rumahnya pada 4 November lalu.
Setien dakwa Messi gembira di Barcelona
Pengendali Barcelona, Quique Setien, menegaskan Lionel Messi gembira dan berlatih seperti biasa walaupun berlaku percanggahan pendapat dnegan pengarah sukan kelab LaLiga itu, Eric Abidal.