IPOH: Kejohanan sukan lasak Ironbound Series memasuki edisi ke-12 yang dianjurkan sejak 20 tahun lalu, kini ia tampil dengan kelainan bagi menarik lebih ramai peserta dari serata negara ke negeri ini.
Ironbound Series Adventure 1 (A1) yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 7 November ini di daerah Lenggong, menjanjikan kelainan apabila penganjurannya mendapat pengiktirafan daripada 'Adventure 1' dari Australia.
Selain itu ia turut mendapat kelulusan antarabangsa daripada 'World Obstacle Federatio'" dari Switzerland.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, setakat ini tiga negara sudah mengesahkan penyertaan, iaitu Australia, New Zealand, dan Denmark.
"Kejohanan sukan lasak ini sudah lama dianjurkan di Perak dan Malaysia.
"Penganjurannya sejak tahun 2002 lagi, sukan ini telah berjaya mengharumkan nama Perak dan Malaysia amnya di sektor sukan pelancongan.
"Selain memberi impak besar kepada industri pelancongan negeri dan negara selama 20 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sidang media khas sempena Majlis Pelancaran 48-12 Hour Ironbound Adventure 1 National Series Lenggong 2022, di sini, pada Khamis.
Hadir sama Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pengarah Kejohanan, Shamsuri Abd Latif.
Kejohanan kali ini membabitkan dua kategori format iaitu 12 dan 48 jam tanpa henti, masing-masing membabitkan penyertaan secara berpasukan.
Iaitu dua orang untuk format 12 jam dan empat orang untuk format 48 jam dengan meliputi jarak perlumbaan antara 100 hingga 300 kilometer.
Selain itu, disiplin perlumbaan pula seperti mountain biking, high roping (abseiling, zip-line), trail running, orienteering, full navigation, kayaking dan rafting.
Tambah Nolee, kerajaan negeri sentiasa komited menyediakan peruntukan khusus bagi sebarang penganjuran kejohanan sukan lasak.
Khususnya membabitkan penyertaan di peringkat antarabangsa selain kejohanan itu juga sudah dijadikan sebagai acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan.
"Kita sedar sukan sebegini mempunyai peminatnya tersendiri yang mahu dan sanggup datang ke Perak semata-mata kerana acara itu sendiri, serta ada banyak pengikutnya di peringkat antarabangsa," katanya lagi.
Aida Aziz
Sat Sep 10 2022
Nolee Ashilin dan Shamsul Anuar bergambar bersama penaja dan pihak yang terbabit dalam penganjuran Ironbound Series edisi ke-12. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ironbound Series edisi ke-12 himpun peserta antarabangsa 'berkampung' di Lenggong
Kejohanan sukan lasak ini menjanjikan kelainan apabila penganjurannya mendapat pengiktirafan daripada Adventure 1 Australia.