Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini bagi membincangkan isu perpindahan penyerang Kelantan Norshahrul Idlan Talaha ke pasukan itu musim depan yang masih belum menemui jalan penyelesaian.
Setiausaha Kehormat PBNJ Suhairi Hashim berkata selain isu perpindahan pemain itu, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim merangkap Presiden PBNJ dijangka akan membincangkan perkara lain termasuk penjualan tiket serta persediaan pasukan itu menghadapi Liga Malaysia musim depan.
"Kita tidak mahu memanjangkan isu ini (perpindahan Norshahrul ke Johor) bagi mengelakkan lebih banyak salah faham antara mana-mana pihak... jadi kita akan membuat keputusan mengenai perkara ini pada mesyuarat khas 19 Nov ini di Johor Baharu," katanya.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa semalam dipetik sebagai berkata pihaknya bersetuju untuk melepaskan penyerang berusia 26 tahun itu beraksi bersama Johor musim depan sekiranya mereka memenuhi syarat dan terma perpindahan yang ditetapkan Kafa.
Annuar turut dilaporkan sebagai berkata bahawa Kafa terpaksa menanggung kos berjumlah hampir RM1 juta termasuk pemberian insentif ketika mengikat kontrak selama dua tahun dengan pemain itu tahun ini.
Norshahrul atau lebih dikenali dengan gelaran Mat Yo di kalangan rakan sepasukan menjadi sasaran PBNJ berdasarkan reputasi pemain itu yang meraih anugerah pemain paling bernilai (anugerah Supermokh) serta penyerang terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.
Dalam perkembangan berasingan, Suhairi berkata pasukan Johor FA yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain import terbaharu dari Itali, Simone Del Nero yang bakal tiba bersama ejennya esok di Johor Baharu.
Beliau berkata bekas pemain kelab Serie A Itali iaitu Lazio dijangka mengikat kontrak selama setahun bersama PBNJ.
Sebelum ini, mereka telah berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzalez Guiza juga dengan kontrak selama setahun.
Sebagai rekod, PBNJ telah berjaya mendapatkan khidmat lima pemain ternama tempatan untuk beraksi bersama mereka musim depan iaitu bekas kapten Selangor Safiq Rahim, tiga pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu pasangan kembar Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha, Mohd Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu Mohd Muslim Ahmad.
Bernama
Thu Nov 15 2012
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.