KEJAYAAN Itali mara ke peringkat kalah mati kejohanan Euro 2016 membuktikan mereka kini gergasi yang sudah bangun dari tidur.
Azzuri menerima kritikan apabila dicanang sebagai pasukan yang tidak akan menyerlah di Perancis, namun pemain sayap Sunderland, Emanuele Giaccherini menjelaskan mereka telah memadam segala kritikan tersebut.
Jaringan minit akhir Eder ke atas Sweden memastikan Itali berjaya mara ke pusingan 16 malam tadi.
Itali memulakan kempen Euro 2016 dengan mantap apabila berjaya membenam pasukan penuh bintang, Belgium 2-0 di Parc Olympique Lyonnais hasil jaringan Giaccherini dan Graziano Pelle, Isnin lalu.
"Kami membuktikan kepada dunia bahawa pemain Itali miliki keberanian untuk menafikan segala kritikan.
"Perlawanan hari ini (malam tadi) lebih sukar berbanding ketika berdepan Belgium, kerana kami tahu Sweden akan fokus kepada bertahan dan tidak akan memberi kami ruang yang banyak. Pemain sayap juga sukar untuk membuat larian.
"Kami rasa gelisah ketika di babak pertama kerana tiada sebarang jaringan dihasilkan namun memasuki babak kedua, kami mula menemui rentak dan Eder berjaya menyumbat gol kemenangan," jelas Giaccherini.
Itali bakal berdepan Ireland Republik pada 23 Jun ini dalam misi mengukuhkan kedudukan mereka selaku juara Kumpulan E.
Astro Arena
Sat Jun 18 2016
Jaringan minit akhir Eder ke atas Sweden memastikan Itali berjaya mara ke pusingan 16 malam tadi. - Foto AFP
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Itali, gergasi yang sudah bangun dari tidur
Azzuri dicanang sebagai pasukan yang tidak akan menyerlah di Perancis, namun mereka telah memadam segala kritikan tersebut.