SHAH ALAM: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia memilih Indra Wijaya selaku jurulatihnya kerana beliau merupakan seorang penyayang yang menjaga pemainnya seperti anak sendiri.
Pemain berusia 23 tahun yang mengesahkan pelantikan jurulatih Indonesia dan penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia berkata Indra juga menjadi individu yang bertanggungjawab sejak zaman remajanya.
Malah pemain ranking ketujuh dunia itu berkata Indra menjadi pilihan tunggalnya apabila terus menghubungi bekas pemenang pingat gangsa Piala Dunia 1997 itu, selepas keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
"Secara peribadi saya sangat gembira dapat peluang bekerja dengan Indra lagi dan sejak dari remaja hingga ke pelapis, beliau yang bimbing saya di bawah (bekas Pengarah Teknikal BAM) Morten Frost, beliau seorang daripada jurulatih yang melahirkan saya untuk apa yang saya jadi hari ini.
"Beliau seorang jurulatih yang sangat fokus kepada pemainnya dan memberi banyak nasihat. Sasaran utama saya selepas ini adalah untuk ke Olimpik Paris 2024," katanya kepada pemberita selepas beraksi di Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Beliau terdahulu menewaskan juara dunia Loh Kean Yew dari Singapura 21-6, 21-14 untuk memberikan mata pertama buat Malaysia.
Mengulas lanjut, Zii Jia berkata beliau seterusnya akan melantik seorang ahli fisioterapi dan jurulatih kecergasan dan berharap untuk membawa pasukannya ke saingan Terbuka Jerman yang dijadualkan bermula 8 hingga13 Mac.
Menurut Zii Jia, sebab utama untuk menubuhkan kelabnya sendiri adalah bagi memudahkan urusan melantik jurulatih dan ahli pasukannya, selain berkata tiada perancangan untuk melatih atlet muda di kelab buat masa ini.
"Kalau tak ada kelab ini, mungkin saya kena pinjam kelab lain, jadi sebab itu saya tubuhkan kelab ini untuk lantik Indra. Buat masa ini, di mana kelab ini akan berpangkalan tidak tahu lagi.
"Saya juga mahu mengambil kesempatan ini untuk merakam terima kasih kepada (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) Datuk Seri Ti Lian Ker dan pasukannya yang membantu mendapat kelulusan dengan begitu cepat. Saya boleh tumpukan perhatian dalam aksi di atas gelanggang sepenuhnya sekarang," katanya.
Semalam, Ti menerusi Facebooknya merakam terima kasih kepada Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof untuk meluluskan Kelab Badminton Lee Zii Jia, selain mengumumkan pelantikan Indra.
Kontrak Indra dengan BAM selaku ketua jurulatih perseorangan wanita sepatutnya tamat pada 31 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Pemain berusia 23 tahun itu mengesahkan pelantikan jurulatih Indonesia itu dan penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi tadi.
All England: Permainan Zii Jia semakin meningkat, tapi entahlah - James Selvaraj
Prestasi dipamerkan Lee Zii Jia tampak semakin meningkat biarpun perjalanannya terhenti di Kejohanan All England 2024 di Birmingham.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
All England: Kempen Lee Zii Jia bermula petang ini
Perjuangan empat lagi wakil negara dalam misi menembusi pusingan 32 Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 bermula hari ini.
Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang seawal pusingan pertama oleh pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam masa 41 minit.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
SELBATC: Dominasi Zii Jia berikan mata pertama Malaysia
Lee Zii Jia, memberikan mata pertama buat Malaysia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC).