Jangan pandang rendah 'Soccer Moms'
Ian Johan Ariff
Julai 6, 2015 07:42 MYT
Julai 6, 2015 07:42 MYT
FIFA Women's World Cup ataupun piala dunia wanita FIFA merupakan topik utama di Twitter hari ini.
Soccer moms mungkin gelaran yang diberi kepada ibu yang menghantar anak mereka ke aktiviti sukan tetapi hari ini soccer moms memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia.
Hat-trik kapten pasukan Amerika Carli Lloyd pada minit ke-16 adalah satu yang menakjubkan.
Ia membuktikan wanita juga sehebat lelaki dalam bola sepak.
Biden menganggap kemenangan skuad wanita negara itu sebagai kemenangan yang memberi inspirasi.
Ada yang menganggap singkatan bagi USA adalah Ultimate Soccer Awesomeness selepas kejayaan pasukan itu memenangi gelaran dunia yang ketiga pagi tadi.
Ternyata kejayaan pasukan wanita Amerika dijadikan sumber inspirasi kepada wanita-wanita bukan sahaja di Amerika tetapi di seluruh dunia.
Pemain-pemain Amerika turut berkongsi keterujaan mereka menjulang piala paling prestij dalam bola sepak.
Dalam perlawanan akhir pagi tadi, Lloyd menjaringkan hat-trik dalam tempoh 13 minit untuk menewaskan Jepun 5-2.
Dua gol awal pada minit ke-3 dan 5 perlawanan oleh Lloyd menerusi gerakan set-piece ternyata memusnahkan harapan Jepun untuk mencari gol penyamaan kerana kerap diserang balas skuad Amerika.
Kemenangan Amerika juga menebus kekalahan kepada Jepun pada final 2011 dimana mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti.
Ada yang mengaitkan kemenangan Amerika sebagai balasan kepada Jepun yang mengharam import daging pada 2003.
Kali terakhir Amerika memenangi piala dunia ialah pada 1999.