Jaringan Messi pastikan PSG julang gelaran Ligue 1 ke-10

Astro Arena
April 23, 2022 23:15 MYT
Lionel Messi (kanan) dan Marquinhos meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan antara Paris Saint Germain dan Lens di stadium Parc des Princes, Paris, 23 Apr 2022. (Foto AP)
PARIS Saint-Germain telah dinobat sebagai juara Ligue 1 buat kali ke-10 dalam sejarah kelab.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino memasuki pusingan minggu ini mengetahui hanya memerlukan satu mata di laman sendiri ketika bertemu Lens semalam untuk melengkapkan kejuaraan.
Selepas dicemuh penyokong atas persembahan hambar dalam separuh masa pertama, Lionel Messi menemui jalan buat PSG untuk mendahului perlawanan.
Lens terpaksa meneruskan perlawanan dengan 10 pemain apabila Kevin Danso dilayangkan kad merah pada minit ke-57, namun tetap bangkit dengan jaringan penyamaan menerusi Corentin Jean.
Bagaimanapun, seri 1-1 draw cukup untuk memastikan pencabar terdekat, Marseille tidak lagi mampu mengejar Parisians di tempat pertama.

Championships - - - - - - - - - # pic.twitter.com/iOQ948VJhE

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PSG mereka telah memenangi 10 gelaran Ligue 1, menjadikan mereka kelab paling berjaya dalam pertandingan itu bersama-sama Saint-Etienne. Mereka telah memenangi lapan gelaran liga sejak QSI mengambil alih kelab pada 2011.
Marseille mengekori rapat dengan sembilan kejuaraan.
#PSG #Ligue 1 #Lionel Messi #lens