Juara lapan kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan lagi kedudukan teratas Liga Super, selepas membenam Petaling Jaya (PJ) City FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Serangan bertali arus skuad Harimau Selatan sejak permulaan perlawanan, menyaksikan gol pendahuluan hadir menerusi penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-23.
Selang tiga minit kemudian, JDT terus meningkatkan jurang apabila sepakan percuma Fernando Martin Forestieri menepati sasaran pada minit ke-26.
Bersambung babak kedua, pemain sensasi JDT, Bergson sekali lagi membolosi gawang PJ City FC pada minit ke-65.
Lima minit sebelum wisel penamat, skuad kendalian Benjamin Mora terus menambah derita buat pasukan pelawat apabila Fernando sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-85.
Sementara itu, Selangor FC gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri, apabila sekadar seri 1-1 menentang Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Skuad Gergasi Merah memulakan perlawanan dengan baik menerusi jaringan minit ketiga daripada penyerang sensasi dari Brazil, Herlison Caion yang melengkapkan hantaran daripada pemain muda Mukhari Ajmal Mahadi.
Namun, Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila pemain sayapnya, Saddil Ramdani berjaya mengawal bola dengan kemas serta mengelirukan pasukan pertahanan Selangor sebelum menyudahkan gol melalui ledakan padu pada minit ke-53.
Keputusan malam tadi menyaksikan JDT kekal di tangga teratas dengan 22 mata selepas lapan perlawanan, diikuti Sabah dengan 19 mata daripada sembilan perlawanan, manakala Selangor (12 mata) dan PJ City (sembilan mata) masing-masing berada di kedudukan keenam dan kesembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva dihalang pertahanan PJ City FC Mohammad Raffi Nagoorgani pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. --fotoBERNAMA
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.