UZBEKISTAN dan Jepun berjaya menempah tiket acara bola sepak Sukan Olimpik tahun ini selepas masing-masing melakarkan kemenangan ke atas Indonesia dan Iraq pada aksi Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Qatar.
Uzbekistan memastikan kemenangan 2-0 pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia untuk mengesahkan penampilan pertama mereka di temasya itu sejak mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 1991.
Husain Norchaev meletakkan pasukan Timur Kapadze di hadapan dengan penyudah voli dari jarak dekat pada minit ke-68 sebelum gol sendiri lewat Pratama Arhan mengesahkan kemaraan Uzbekistan ke Olimpik dan final Piala Asia B-23 itu.
Mereka akan menentang pasukan Jepun yang menyingkirkan Iraq 2-0 di Stadium Jassim bin Hamad Doha, dengan Mao Hosoya dan Ryotaro Araki masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-28 dan ke-42.
Kemenangan itu bermakna Jepun mengekalkan rekod kelayakan mereka untuk setiap Sukan Olimpik sejak 1996.
Uzbekistan, pemenang Piala Asia B-23 2018 akan menentang Jepun pada Jumaat dalam perlawanan akhir, manakala Indonesia dan Iraq bertemu pada Khamis penentuan tempat ketiga sekali gus slot ketiga Asia ke Olimpik.
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat dalam kejohanan kelayakan Afrika untuk slot terakhir ke temasya itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024
Penyerang Uzbekistan Khusayin Norchaev (kiri) cuba melepas kawalan pemain tengah Indonesia Ivar Jenner dalam aksi separuh akhir pada Isnin. - Foto agensi
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Harimau Muda layak ke Piala Asia
Skuad kendalian E Elavarasan itu menjadi pasukan terakhir layak selaku naib juara terbaik bersama Kuwait, Tajikistan dan China.