Karim Benzema tidak bahagia di Al-Ittihad?

Astro Arena
Ogos 24, 2023 09:34 MYT
Ketua jurulatih Nuno Espirito Santo berpendapat pemilik Ballon D'Or itu tidak sesuai dengan corak permainan yang diterapkannya. - Foto Stadium Astro
KHABAR angin mengatakan bekas penggempur Real Madrid, Karim Benzema, tidak bahagia Arab Saudi dan sedang mencari jalan keluar dari Al-Ittihad.
Menurut laporan Asharq Al-Awsat, hubungan Benzema dan ketua jurulatih, Nuno Espirito Santo, dilaporkan rentak.
Ketua jurulatih itu berpendapat pemilik Ballon D'Or itu tidak sesuai dengan corak permainan yang diterapkannya.
Santo sedia merombak taktikalnya secara berkala bagi mengimbangi tuntutan melihat Benzema di atas padang.
Justeru, ia menimbulkan rasa kurang senang penyerang yang telah mencetak tiga gol dan satu bantuan jaringan itu menganggapnya sebagai tidak profesional tetapi kemarau jaringan dalam dua perlawanan Liga Pro Saudi.
Malah, Santo kekal dengan pendiriannya melantik pemain Brazil, Romarinho, dan kemudian Ahmed Sharahili sebagai ketua pasukan. -- Stadium Astro
#Karim Benzema #Liga Pro Arab Saudi #Al-Ittihad #Real Madrid