KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam membantu barisan atlet negara melakukan persiapan sewajarnya untuk beraksi pada 2022, tahun yang padat dengan pelbagai kejohanan penting.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata meskipun temasya sukan seperti Sukan Malaysia (Sukma), Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan berlangsung dalam jurang waktu yang singkat namun, prestasi atlet dilihat dijangka kekal berada pada tahap yang sama.
"Cabaran cukup besar, namun ia sama juga dengan negara-negara lain yang terlibat, terutama sekali dari Asia Tenggara. Semua negara-negara ini juga akan terlibat dalam Sukan SEA, Sukan Asia dan tentunya sebilangan yang akan terlibat dalam Sukan Komanwel.
"Jadi persaingan dari segi itu agak sama, tapi kita cuba mempersiapkan atlet-atlet kita sebaik mungkin melalui Program Podium yang kita teruskan mengikut kemampuan yang kita ada," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di reruai KBS sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.
Atlet negara dijangka mengharungi kalendar kejohanan yang mencabar pada tahun depan, dijangka bermula dengan Sukma di ibu negara, diikuti Sukan SEA Hanoi bermula dari 12 hingga 23 Mei, Sukan Komanwel Birmingham (28 Julai hingga 8 Ogos) dan Sukan Asia Hangzhou (10 hingga 25 Sept).
Sementara itu, beliau turut menjemput orang ramai untuk hadir ke reruai KBS itu, untuk memberi pandangan serta input dalam memperkasakan kualiti sukan negara termasuk pembangunan belia yang dilihat semakin penting pada masa kini.
Penerjun negara Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Leong Mun Yee, Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru para), Muhammad Rafiq Ismail, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (tenpin boling) dan S Suresh (memanah para) merupakan antara atlet yang hadir ke sesi temu mesra itu.
Dalam pada itu, Pandelela berkata sebagai atlet, beliau akan terus berlatih dengan harapan mampu mempamerkan prestasi yang terbaik dalam semua pertandingan yang disertai.
"Sekarang ini pun banyak cabaran (berikutan pandemik COVID-19) dan tahun depan pun kita tidak tahu apa perancangan, jadi apa yang kami boleh lakukan ialah berlatih dan berikan yang terbaik seperti selalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Ahmad Faizal (kanan) beramah mesra dengan para atlet negara ketika melawat ruang pameran Kementerian Belia dan Sukan pada program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 9 Dis 2021. --fotoBERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.