PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa mengalu-alukan cadangan kertas kerja atau permohonan dana yang ingin dibentang oleh mana-mana pihak persatuan sukan demi pembangunan sukan tanah air.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ti Lian Ker berkata segala cadangan atau permohonan yang diterima akan dibentang dan dipertimbang oleh KBS sebelum diluluskan serta dibawa ke peringkat lebih tinggi.
"KBS bersedia menerima apa jua cadangan yang baik untuk membangunkan bukan sahaja hoki dan bola sepak tetapi semua sukan di negara namun segala cadangan perlu bersesuaian dan mengambil kira pertimbangan faktor lain.
"Kita akan melihat dahulu cadangan tersebut dan mempertimbangkannya mengikut ketetapan yang perlu sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan filem Anak Rimau di sini hari ini.
Lian Ker berkata demikian ketika ditanya langkah Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang sedang giat menyiapkan kertas kerja memohon dana buat skuad hoki lelaki negara sebagai persiapan menjelang Piala Dunia 2023 di India.
Baru-baru ini, Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya sedang merangka kertas cadangan dana itu sebagai langkah untuk meningkatkan lagi prestasi skuad bimbingan A. Arul Selvaraj sebelum bersaing di kejohanan dunia yang berlangsung dari 13 hingga 29 Jan tahun depan.
Katanya permohonan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan menerusi KBS.
Sementara itu, mengulas mengenai Anak Rimau yang bakal ditayangkan bermula 1 Sept ini, Lian Ker berkata filem tersebut merupakan titik permulaan yang baik buat atlet sukan negara menceburi industri lain sebagai laluan kerjaya selepas bersara.
"Kalau kita tengok filem ini, bukan sahaja kita perluaskan kepada pakaian sukan tetapi juga dalam industri filem yang secara tidak langsung dapat membantu atlet negara untuk mungkin menceburi bidang lain sebagai laluan kerjaya selepas bersara," katanya.
Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports hari ini melancarkan koleksi rasmi 'merchandise' bersempena filem Anak Rimau buat peminat bola sepak negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ti Lian Ker berkata segala cadangan atau permohonan yang diterima akan dibentang dan dipertimbang oleh KBS sebelum diluluskan serta dibawa ke peringkat lebih tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.